Akidah
Akidah merupakan dasar penting dalam Islam. Baik atau buruk natijah hidup seseorang di sisi Allah adalah bergantung kepada akidah yang dianutinya, Seluruh aktivitikehidupan yang lahir dari diri seseorang yang berpegang dengan akidah yang benar akan dapat mencerminkan nilai akidah yang dipegangnya.
Dari segi bahasa
Perkataan akidah berasal dari bahasa Arab bermaksud ikatan atau simpulan. Pada kebiasaannya ikatan atau simpulan ini berlaku pada benda yang bersifat zahir seperti taliatau seumpamanya. Walau bagaimanapun perkataan ini digunakan juga pada sesutu yang berbentuk maknawi, seperti perjanjian. Dari ikatan dan simpulan maknawi ini lahir perkataan “akidah”iaitu ikatan atau simpulan maknawi yang terkhusus dalam kepercayaan(Muhd. Sulaiman Yasin : 1981).
Dari segi istilah/syara.
Berpandukan dari diatas, akidah bolehdifahamkan sebagai kepercayaan yang terikat erat dan tersimpulkuat dalamjiwa sehingga tidak mungkin akan tercerai oleh apa-apa sekalipun(Ibid). Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
Maka sesiapa yang kafirkan taghut dan beriman kepada Allah, sesungguhnya dia telah berpegang dengan simpulan tali yang kukuh, yang tidak akan putus, dan Allah Maha Mendengarlagi Maha Mengetahui”(Al Baqarah : 256)
Dalam Islam, iman tidak boleh tertegak berdasarkan keraguan atau dipengaruhi oleh prasangka, kerana ia ditetapkan dengan positif oleh Al Qurandan dijelaskan oleh Al Hadis.
Unsur-unsur Akidah/Rukun Iman.
Berdasarkan keterangan Al Quran dan Al Hadisdi atasdapat di simpulkan bahawa unsur-unsurakidahatau terasiman adalah seperti berikut:
a. Kepercayaan kepada Allah
b. Kepercayaan kepada Malaikat
c. Kepercayaan kepada Kitab-kitab
d. Kepercayaan kepada para Rasul
e. Kepercayaan kepada hari Akhirat
f. Kepercayaan kepada Qadar dan Qadak
Asa utama yamg mesti ada dalam akidah ini terjelma dalam penyaksian syahadah. Akidah adalah penentu pandangan umat Islam kepada makluk dan khalik, kepada dunia dan akhirat dan kepada alam syahadah dan alam qhaib(Al Qaradhawi : 2000).
Oleh itu umat Islam digalakkan supaya menjaga akidah dan membataskan diri dari melakukan perkara-perkara yang boleh mencacatkan Islam itu sendiri.
Syariah
Syariah dari segi bahasa
Berasal dari perkataan Arab ‘Syir’ah’. Dalam bahasaMelayu bereti jalan, jalan yang lurus atau sumber air.
Syariah mengikut istilah/syara’
Mengikut perundangan Islam, syariah adalah segala hukum-hukum yang diperundangkan oleh Alalh s.w.t. ke ats hamba-hambaNya supayamereka beriman dan beramal dengannya agar dapat mencapai kebahagiaanhidup di dunia dan akhirat. Firman Allah yang bermaksud :“Kemudian Kami jadikan kamu di atas suatu jalan yang lurus(syariah) maka hendaklah kamu mengikutnya. Dan jangan sekali-kali mengikut kehendak merekayang tidak mengetahui”( Al Jathiah : 18)
Semua hukum-hukum yang diperundangkan ini dikeluarkan samada dari Al Quran dan Al hadis, melalui ijtihad sahabat dan para fuqaha yang didasarkan kepada dua sumber utama ini. Oleh itu sumber-sumber perudangan Islam yang masyhur terutama dikalangan jumhur ulamak adalah :
a. Al Quran(Kitabullah)
b. Al Hadith / As Sunnah
c. Al Ijmak
d. Al Qias
Berdasarkan hukum-hukum ini manusia berpeluang untuk membina kehidupannya dalam pelbagai aspek yang dapat menyumbang kepada kebahagian dan kedamaian. Syariah tidak tandus dalam membicarakan hubungan manusia dan Allah dan hubungan manusia sesama makhluk. Begitu juga syariah telah menyediakan suatu kerangka konkrit tentang persoalan politik, ekonomi, pentadbiran dan seterusnya kepada hubungan antarabangsa.
Dalam hal inisyariah memberi luang yang luasbagi manusia membina tamaddunnya. Penjelasan mengenai mertabat ilmu, pengiktirafan terhadap unsur-unsur teknikal dan kesenian merupakan jawapan bagi seluruh hukum-hakam yang diturunkan oleh Allah s.w.t. itu dapat mengarahkan manusia membina suatu kehidupan yang menjelmakan diri sebagai insan yang bertaqwa(Amin b. Amat : 1989)
Akhlak
Akhlak dari segi bahasa :
Berasal dari bahasa Arab “Akhlaq” iaitu kata jamak dari khuluq bermaksud tingkah laku, tabiat, perangai dan bentuk peribadi.
Akhlak dari sudut istilah/syara’
Akhlak berasaldari perbendaharaan istilah Islam. Lain istilah yang mirip dengan akhlak adalah moral dan etika. Menuru Iman Al Ghazali dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, akhlak adalah sifat yang tertanamdalam jiwa seseorangyang dengannya lahir perbuatanhasil dari pancaran hati sanubari dalamanya. Ia bersikap rohani yang melahirkan tingkah laku perbuatan insan terhadap Allah dan manusia, terhadap diri sendiri dan makhluk lain sesuai dengan suruhan dan larangan. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud :“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”(Riwayat Malik)
DiriRasulullah s.a.w. sendiri menjadi model kepada akhlak Islam dan menjadi ikutan ummah. Saidatina Aiyah pernah mengaku bahawa akhlak Rasulullah s.a.w. adalah Al Quran. Akhlak dalam Islam adalah penting, malah sama pentingnya dengan Islam itu sendiri(Abdul Karim Zaidan : 1987)
Sebagai kesimpulannya dapat dikatakan bahawa akhlak dalam Islam adalah menyeluruh, ia menjadidasar kepada tatacara kehidupan insan, baik dalam hubungan dengan Allah s.w.t. , manusia, mahupun alam. Oleh itu akhlak dapat dihuraikan dalam 3 bentuk hububgan iaitu:
a. Akhlak manusia terhadap Allah
b. Akhlak manusia sesama manusia
c. Akhlak manusia terhadap makhluk yang lain.
Maka sinilah keistemewaan akhlak Islam yang mana ia dapat mencorakkan kehidupan seseorang individu, masyarakat dan seterusnya umat keseluruhannya.
CIRI-CIRI ISLAM
Islam sebagai manhaj kehidupan mempunyai ciri-ciri unggul yang tidak terdapat pada agama ciptaan manusia. Di antara ciri-cirinya ialah(Musa bin Fathullah Harun : 1996)
1. Rabbani
2. Syamil dan kamil
3. Waqi’e atau praktikal
4. Tinggi atau agung
5. Alami atau sejagat
6. Insani
7. Wasati
8. Tetap dan anjal
Sesuai sifatnya sebagai agama akhir zaman yang Allah s.w.t. turunkan untuk alam seluruhnya, Islam mampu menyelesaikan apa juga persoalan yang muncul kerana ia memiliki ciri-ciri istemewa dan praktikal.
TUJUAN ISLAM
Tujuan besar dinul Islam diturunkan adalah untuk mencapai kemaslahatan hidup manusia di dunia maupun kemaslahatan hidup manusia di akhirat. Disamping menjaga lima kemaslahatan penting manusia, tujuan utama Islam juga antara lain ialah :
· Mendidik manusia supaya mengenal penciptanya.
· Mengajar dan memandu manusia supaya dapat mengerjakan ibadah dengan betul dan sesuai seperti yang diperintahkan.
· Mendidik dan melahirkan insan berkualiti.
· Memberikan jaminan dan keselamatan diri dan harta.
· Memberikan ruang dan tempat pergantungan.
· Memberikan harapan dan peluang bagi mendapatkan balasan baik dan tempat kembali yang berkekalan.
KESIMPULAN
Islam sebagai ad-din merupakan manhaj kehidupan yang menyeluruh sifatnya. Maka menjadi kewajipan kepada manusia untuk memberikan pengisian yang berkualiti, bersungguh-sungguh dengan penuh kesedaran agar tamadun manusia dapat ditegak di atas dasarnya yang kukuh dan mendapat keredaan dari Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment